Jan 29, 2008

Kempen Derma Darah

Warga ilp ipoh diseru untuk menderma darah bagi menampung tabung darah yang sering berkurang bagi menyelamatkan pesakit-pesakit yang memerlukan darah terutama darah jenis O. Ia berlangsung selama tiga hari bermula 29-31 Januari 2008.bertempat di Dewan Seri Keledang.

Jan 24, 2008

MENCARI SHARLINIE

Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.
Menurut beliau, ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.
Download poster pencarian Sharlinie.
Download fotofit suspek

Jan 23, 2008

Pengumuman !

23 Januari 2008 - ILP Ipoh akan kehilangan seorang pengarah yang berwibawa dan berkebolehan tidak lama lagi. Sempena mengenang jasa beliau selama beliau berada di ILP Ipoh, pihak kakitangan dan pelajar ILP Ipoh akan mengadakan Majlis Perpisahan khas untuk pengarah ILP Ipoh Puan Rosnah bt. Muhd. Tahir. Oleh yang demikian, semua pengajar khasnya dijemput untuk menghadiri majlis tersebut pada 25 Januari 2008 jam 3.00 petang di dewan Sri Kledang ILP Ipoh. Semua kakitangan ILP Ipoh dikehendaki memakai tali leher ketika menghadiri masjid ini. Sekian terima kasih.

Jan 19, 2008

Selamat Tahun Baru



Sidang Redaksi Ilp Ipoh ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2008 dan Maal Hijrah 1429 kepada semua warga kerja ILP Ipoh dan para pelajar serta semua rakyat Malaysia. Semoga tahun ini adalah tahun yang terindah untuk anda semua. Pupukan semangat baru dalam jiwa agar suatu hari ia menjadi realiti. Lupakan segala rajuk yang mengguris atau amarah yang menghiris, duka yang panjang dan kecewa yang mengundang agar mampu merasa pada sesuatu yang tak terzahir di mata...



Aktiviti - Aktiviti 2007

Pada sessi 2/2007 terdapat banyak aktiviti - aktiviti yang dijalankan oleh pelajar dan staf ILP Ipoh. Antaranya ialah :
  • Majlis berbuka puasa.
  • Gotong-royong asrama.
  • Sukan.
  • Majlis Konvokesyen.
  • Hari "Q".
  • Kelas ICT percuma.

E-Bulletin

E-Bulletin( Electronic Bulletin ) merupakan bulletin pertama untuk Ilp Ipoh. Ia dihasilkan pada Januari 2008. Hasil ilham pengerusi redaksi sessi 1/2008 Encik Norakmal b. Maamor. E-bulletin ini bertujuan untuk memudahkan para pengajar dan pelajar Ilp Ipoh dan semua rakyat Malaysia mendapat liputan aktiviti di Ilp Ipoh.


MAI PAKAT - PAKAT KE ILP IPOH WEY !!!